Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja) 1944-1953.
Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud ialah seorang anak kebanggaan Kelantan yang mencapai kecemerlangan dalam banyak bidang termasuk pendidikan, perkhidmatan kerajaan, koperat dan kerjaya politik. Beliau ialah Menteri Besar Kelantan dari tahun 1944-1953. Sebelum menjadi teraju utama kerajaan negeri, beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1934 dan Timbalan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1938. Beliau juga salah seorang dari Ahli Rombongan Misi Kemerdekaan yang turut ke London pada tahun 1956 bagi merundingkan bagi merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.









