15 Ogos 2010
HADITH TENTANG RAMADHAN
1) Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah saw " apabila datangnya Ramadhan dibuka segala pintu - pintu syurga, ditutup segala pintu - pintu
Read more...
24 Mac 2010
HADIS PILIHAN : 3
Wahai Anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan-Nyadan para malaikat dan yang mempunyai ilmu (turut menyaksikan) bahawa ia mendirikan keadilan. Tiada tuhan melainkan-Nya yang maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama disisi Allah ialah islam, Barangsiapa yang menuntut agama selain islam, tidak sesekali diterima daripadanya dan di akhirat ia akan termasuk..
Read more...
20 Mac 2010
AMAR MAKRUF
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda 'Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam...
Read more...
15 Mac 2010
HADIS PILIHAN : 2

Berfirman Allah Taala yang Bermaksud :
" Wahai manusia tiada kehidupan yang baik umpama takut kepada Allah SWT. Tidak ada warak umpama menahan diri daripada menyakiti sesuatu. tidak ada kasih sayang yang lebih tinggi daripada Adab. Tidak ada yang dapat menolong seperti...
Read more...
10 Mac 2010
HADIS PILIHAN : 1
Berfirman Allah Taala yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan? Berapa banyak kamu mengatakan sesuatu sedangkan.....
Read more...
02 Januari 2010
Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
'Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.'
Riwayat al Bazzar
Read more...
PEMIMPIN
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:
'Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.'
Riwayat al Bukhari dan Muslim
Read more...
renungan bersama...
kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.



